| Hadis |
| Daripada Abu
Hurairah r.a. beliau berkata, Rasulullah s.a.w. berkata, "Berapa
ramai orang yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa daripada
puasanya kecuali lapar dan berapa ramai orang yang beribadat
malam yang tidak mendapat apa-apa daripada ibadatnya kecuali
berjaga malam" (Riwayat Ibnu Majah, An-Nasai,
Ibnu Khuzaimah dan lain-lain. Menurut As-Suyuthi, bertaraf
sahih)
|
Rasulullah s.a.w telah bersabda
yang maksudnya:”Janganlah kamu datang ke rumah orang
berhadapan pintunya, tetapi datanglah dari bahagian tepinya
dan mintalah izin, jika diizinkan untuk kamu, masuklah, kalau
tidak, baliklah.” (At-Tabrani) |
| Dari
Abu Said al-Khudri r.a, dari Nabi S.A.W, baginda telah bersabda
yang maksudnya:”Mana-mana orang mukmin yang memberi
makan kepada seorang mukmin semasa ia lapar, nescaya Allah
memberi makan kepadanya pada hari kiamat dari buah-buahan
Syurga; dan mana-mana orang mukmin yang memberi minum kepada
seorang mukmin semasa ia dahaga, nescaya Allah memberi minum
kepadanya pada hari kiamat dari minuman syurga yang tersimpan
dengan sebaik-baiknya; dan mana-mana orang mukmin yang memberi
pakai kepada seorang mukmin semasa ia memerlukan pakaian,
nescaya Allah memberi pakaian kepadanya dari pakaian syurga.”
(at-Tirmidzi) |
Siapa menghulurkan
kepadamu suatu kebajikan maka balaslah dia, jika kamu tiada
apa-apa balasan, maka hendaklah kamu doakan kepadanya"
(Riwayat Al-Tabrani)
|
Dari Umar bin
Khathab ra., ia berkata bahwa dua hari ini hari yang dilarang
Rasulullah saw. untuk berpuasa, iaitu hari raya Idul Fitri
setelah kalian berpuasa (Ramadhan) dan hari raya makan (daging
korban) setelah kalian menunaikan ibadah haji “
(Muslim) |
Rasulullah saw. Bersabda yang
bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengasihi hambanya
yang bersifat Taqwa, kaya jiwa serta tidak menunjolkan diri
(merendah diri walaupun berpangkat tinggi)”.
Yang dimaksudkan dengan kaya disini ialah kaya jiwa bukan
kaya harta sebagaimana yang dinyatakan dalam hadith.
(Riwayat Muslim) |
Rasulullah
s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Apabila dibacakan
iqamat sembahyang, janganlah kamu semua tergesa-gesa pergi
untuk menunaikan sembahyang, tetapi hendaklah berjalan dengan
baik dan tertib, hendaklah kamu semua bersifat tenang. Tunaikanlah
sembahyang mengikut rakaat yang kamu sempat mengikuti imam
dan apabila imam memberi salam, maka hendaklah kamu menyempurnakan
mana-mana rakaat yang tertinggal.”
(al-Bukhari & Muslim) |
Dari Anas bin Mali r.a katanya,
rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya Allah Taala
sangat suka kepada hamba-Nya yang mengucapkan tahmid (alhamdulillah)
sesudah makan dan minum.” (Muslim) |
Dari jabir r.a
katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Bukan
amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya
dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat
Allah S.W.T belaka.” (Muslim) |
| Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Perumpamaan
orang yang bersedekah lalu menarik kembali sedekahnya itu
hanyalah seperti anjing yang muntah lalu memakan muntahnya
itu. ” (Riwayat Muslim) |
Rasulullah s.a.w
bersabda yang maksudnya:” Sesiapa yang berbuka puasa
Ramadhan bukan kerana rukhsah (kelonggaran) yang dirukhsahkan
oleh Allah, tidak dapat diqadha’kan dengan puasa setahun
walaupun ia betul-betul (melakukan) puasa setahun itu.”
(Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan at-Tirmidzi) |
Daripada Zaid bin Sabit r.a. katanya:
“Kami pernah bersahur bersama-sama Rasulullah s.a.w.
Selepas itu kami berdiri untuk menunaikan solat subuh, kamipun
bertanya kepada baginda: “Berapa jarak sebenar di antara
kedua-dua itu? (di antara makan sahur dengan sembahyang subuh)”.
Baginda pun menjawab: “sekira-kira cukup membaca lima
puluh ayat”. (al-Bukhari dan Muslim) |
Rasulullah s.a.w
bersabda yang maksudnya: “Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya
pada sahur itu ada keberkatan.” (Riwayat
Bukhari & Muslim) |
Rasulullah s.a.w bersabda yang
maksudnya:”Manusia tidak henti-hentinya mendapat kebaikan
selama mereka mempercepatkan berbuka puasa.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim) |
Rasulullah s.a.w
bersabda, bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang
paling aku kasihi di kalangan kamu dan orang yang paling dekat
tempat duduknya denganku dihari kiamat ialah orang yang paling
baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan
paling jauh dariku pada hari kiamat ialah orang yang banyak
bercakap perkara sia-sia, dan berlagak angkuh, sombong malah
ia merasa bangga dengan kesombongannya.” Para sahabat
bertanya lagi, “wahai Rasulullah, sesungguhnya kami
telah mengetahui maksud perkataan orang-orang yang suka bercakap
banyak yang sia-sia, dan yang berlagak angkuh dan sombong,
tetapi apakah maksud orang yang bangga dengan kesombongannya?
Jawab Rasulullah “ialah orang yang takbur.”
(Riwayat at-Tarmizi) |
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya,
sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa
yang tidak mengenangkan budi yang diberi ia dianggap sebagai
kufur nikmat.” (Riwayat At-Tabrani) |
Daripada Musa
bin Ismail, dari Abdul Wahid, dari Burdah bin Abdullah, dari
bapanya dari nabi s.a.w, baginda bersabda:”Sesiapa melintas
di masjid-masjid atau di pasar-pasar kami dengan membawa anak
panah maka hendaklah ia memegang mata anak panahnya dengan
tapak tangannya supaya tidak melukakan seseorang Islam.”
(Bukhari) |
Daripada Abu Zar r.a katanya,
“Aku bertanya Rasulullah SAW : “ Manakah satu
amalan lebih utama?” Baginda bersabda: “ Beriman
di jalan Allah dan berjihad di jalan-Nya. Aku bertanya lagi
: “ Memerdekakan hamba yang manakah yang lebih utama?
Baginda bersabda : “ Yang lebih mahal harganya dan yang
lebih bernilai di sisi pemiliknya.” Abu Zar bertanya
lagi : “ Jika saya tidak dapat melakukannya?”
Baginda bersabda : “ Engkau menolong orang yang berbuat
atau engkau melakukan untuk orang yang tidak dapat berbuat.
Abu Zar bertanya lagi : “Jika saya tidak dapat berbuat?”
Sabda baginda : “ Engkau menjauhkan orang dari kejahatan
kerana ia satu sedekah yang engkau bersedekah ke atas diri
mu.” (al-Bukahri dan Muslim) |
Daripada Anas
bin Malik r.a, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Tidak
beriman seseorang kamu sehinggalah ia mengasihi kebaikan untuk
saudaranya sebagaimana ia mengasihi kebaikan untuk dirinya
sendiri.” (Al-Bukhari, Muslim, Abu ‘Uwanah,
an-Nasai, at-Tirmidzi, ad-Darimi, Ibnu Majah, Ath-Thayalisi
dan Ahmad) |
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “ Sesungguhnya
Allah meredhakan tiga perkara bagi kamu dan Ia membenci tiga
perkara bagi kamu. Ia redha supaya kamu mengabdikan diri kepada-Nya
dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu dan
supaya kamu semua berpegang teguh dengan tali (agama) Allah
dan janganlah kamu berpecah belah. Dan Ia membenci bagi kamu
berkata begini begitu, banyak bertanya dan mensia-siakan harta.”
(Muslim) |
Dari Ibnu Abbas
r.a katanya:”Rasulullah s.a.w membuka tirai (kamarnya
ketika baginda sakit akan meninggal), padahal ketika itu jamaah
sedang solat berjamaah diimami Abu Bakar. Lalu baginda bersabda:”Sesungguhnya
tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus
aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah!
Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah
Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa
di dalam sujud pasti doamu diperkenankan Allah S.W.T.”
(Muslim) |
Dari Abdur Rahman bin Samurah
r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku:”Hai
Abdur Rahman! Janganlah engkau meminta-minta hendak jadi pembesar
negara kerana jika engkau jadi pembesar kerana permintaan,
tanggungjawabmu akan besar sekali. Dan jika engkau diangkat
tanpa permintaan, engkau akan dibantu orang dalam tugasmu.”
(Muslim) |
Daripada Ibnu
Hibban, al-Hakim, Ibnu Abi ‘Ashim, Ahmad dan Ibnu Asakir
meriwayatkan daripada Fudhalah bin ‘Ubaid r.a bahawa
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiga orang
yang tidak ditanya mengenai mereka : -
Seorang lelaki yang meninggalkan jemaah, menderhakai imamnya
dan mati sebagai penderhaka.
Seorang hamba lelaki atau wanita yang lari lalu mati.
Seorang wanita yang ketiadaan suaminya di rumah padahal suaminya
telah mencukupkan kepadanya belanja dunia lalu ia berhias
selepas ketiadaan suaminya di rumah. Maka mereka tidak ditanya.
Dan tiga orang yang tidak ditanya mengenai mereka iaitu: -
Seorang lelaki yang merebut pakaian Allah kerana pakaian Allah
ialah kesombongan dan kainnya ialah kemuliaan.
Seorang lelaki yang ragu mengenai urusan Allah dan putus asa
dari rahmat Allah.” (al-Bukhari, Ibnu Hibban,
al-Hakim, Ibnu Abi ‘Ashim dan Ibnu Asakir) |
Dari Abdullah bin Abu Qatadah
r.a, katanya:”Abu Qatadah mencari seseorang yang berhutang
kepadanya dan menghilangkan diri. Kemudian orang itu ditemuinya.
Dia berkata kepada Abu Qatadah,:”Aku sedang dalam kesulitan.”
Maka berkata Abu Qatadah:“Demi Allah! Demi Allah! Aku
mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,:”Sesiapa yang ingin
dibebaskan Allah dari kesulitan pada hari kiamat, maka hendaklah
dia memberi kelapangan bagi orang-orang yang dalam kesulitan
atau membebaskannya dari hutang.” (Muslim) |
Rasulullah s.a.w
bersabda yang maksudnya: “ Sesungguhnya roh al-Qudus
telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak
akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah S.W.T. kepadanya.
Maka takutlah kepada Allah S.W.T. dan berusahalah dengan baik;
dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi
pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki
berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah S.W.T.
tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan cara ketaatan.”
(Riwayat Ibn Majah dan al- Tabrani) |
Dari Ibnu Sirin r. A katanya:.”Aku
bertanya kepada Anas bin Malik r.a:”Adakah Rasulullah
s.a.w mencelup rambut baginda?” jawab Anas:”Baginda
tidak kelihatan beruban, kecuali di janggutnya nampak beberapa
helai rambut putih.” Kata Ibnu Sirin:”Aku betanya
pula kepadanya, adakah Abu Bakar mencelup rambutnya?”
Jawab Anas:”Ada. Dengan inai.” (Muslim) |
Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:”Syaitan akan menghantar tentera-tenteranya
untuk memfitnah manusia, manusia yang lebih tinggi kedudukan
akan mendapat fitnah syaitan yang lebih hebat. Syaitan akan
datang kepada seseorang kamu dan berkata:”Siapakah yang
telah menjadikan kejadian ini? Siapakah yang telah menjadikan
kejadian ini ? Sehingga syaitan akan berkata:” Siapakah
yang telah menjadikan Tuhan kamu?” Apabila perkara ini
berlaku kepada kamu maka mintalah perlindungan dengan Allah
daripada syaitan yang direjam.” (Riwayat
Bukhari Dan Muslim) |
Daripada Abu Hurairah r.a berkata
bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “ Sedekah
tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang
hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan
diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya.”
(Muslim, ad-Darimi dan Ahmad) |
Rasulullah s.a.w
bersabda yang maksudnya:”Tiadalah di atas dunia ini
seorang Muslim yang berdoa melainkan akan diperkenankan Tuhan
atau dipalingkan daripadanya kejahatan selama dia tidak berdoa
perkara-perkara yang berdosa atau membuat perkara yang memutuskan
tali persaudaraan. Lantas seorang lelaki berkata: “Kalau
begitu kita perbanyakkan doa? Jawab baginda: “ Di sisi
Allah (penerimaan) lebih banyak.” (Riwayat
at-Tirmizi) |
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:
“Janganlah ada diantara kamu yang bercita-cita hendak
mati. Sekiranya ia seorang yang baik mudah mudahan ia dapat
menambahkan lagi kebaikan, dan sekiranya ia seorang yang jahat
mudah mudahan ia dapat bertaubat kepada Allah”
(Riwayat Hadith Al-Bukhari dan Muslim) |