| Cerita
Lawak |
Babi
dan Kerbau
Diceritakan didalam sebuah hutan nie tinggal la berbagai-bagai
jenis binatang.. Ada pun dalam banyak-banyak binatang nie
terdapat dua sahabat karib iaitu seekor anak babi dan seekor
anak kerbau..
Pada suatu petang, sedang mereka melepak-lepak di sebuah
taman hutan,
Babi : Eish, boring la plak kan kerbau..
Kerbau : ye lah, boring betul.. Kau pikir
ape yang patut kite buat agar hilang boring kiter nie..
Babi : Ha, aku ade satu cadangan. Ape kate
kite melukis. Kau lukis muke aku dan aku lukis muke kau.
Kerbau : Hm, ok gak. First ko lukis muke
aku dulu pastu aku plak lukis muke kau.
Babi : Ok. Kau dok diam2..
30 minit kemudian……
Babi : Hah, dah siap, nah..
Kerbau : Waahhh lawa nya kau lukis.. Ok
sekarang aku plak lukis muke kau..
Maka anak kerbau pun mula melukis muke anak babi..
10 minit kemudian…
Kerbau : Nah dah siap muke kau yang lawa
ni..
Babi : Ape yang kau lukis nie Kerbau???
(Muke tetiba jadi merah dan marah kat anak kerbau)
Kerbau : La betul la ape yang aku lukis
tu.
Babi : Nie bukan muke aku… Nie muke
BABI..
|
Perompak
Suatu hari, sebuah bas kilang yang memuatkan pekerja wanita
sahaja sedang menuju kilang kayu yang terletak jauh dari kawasan
kampung. Dalam perjalanan tu..mereka terpaksa melalui kebun
getah yang sangat luas..
Nak di jadikan cerita..ada seorang mamat kat tepi jalan
menahan bas tersebut..nak mintak tumpang..jadi bas tu pun
berhenti la… Tetiba..lebih kurang 6 orang perompak
keluar nak merompak bas tersebut..
Sorang perompak berkata..
” Keluarkan dan bagi semua barang kemas yang korang
ada..!!Cepat..!!”
Sorang pekerja kilang tu membalas..
” kami tak bawak barang kemas kalau gi keja..duit
pun bawa sikit je..”
Perompak berfikir seketika..
“Sebab kamu semua takde barang kemas & duit..kami
rogol korang SEMUA...har!har!har! (ketawa jahat)”
Pekerja kilang yang muda berkata..
” Takkan la makcik yang kat belakang tu nak rogol
juga...tak kesian ker..”
Tetiba..makcik tu berdiri..
” Kamu nie..tak paham ker..kalau dia cakap SEMUA tu..SEMUA
la..” |
| Penjual
Seorang penjual vacum cleaner menuju ke sebuah rumah. Diketuknya
pintu depan. Belum sempat wanita tuan rumah itu berkata
sepatah pun, dia menghamburkan segala macam kotoran ke karpet
ruang tamu.
“Puan, saya yakin akan kemampuan mesin ini. Karpet
ini akan bersih kembali dalam sekelip mata. Jika nanti masih
ada kotoran yang tertinggal, saya bersedia memakannya,”
kata jurujual dengan penuh yakin.
“Kalau begitu,” kata wanita tersebut, “Mulailah
makan. Rumah kami belum ada eletrik.” |
Nyonya
Kaya
Pada suatu hari, seorang Nyonya bernama Nyonye Mei Lee datang
ke KL untuk kali pertama selepas menang loteri.
Beliau check-in disebuah hotel mewah dan seorang pelayan
membawakan begnya menuju ke bilik penginapan Nyonya Mei
Lee.
Nyonya Mei Lee dengan girangnye mengikuti langkah-langkah
pelayan itu
dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Nyonya Mei Lee
melihat ke sekeliling.
Beliau tetiba menjadi marah lalu berkata kepada pelayan
tersebut. Eksekius mi, lu jangan ingat wa tua, mali dari
kampung, tatak (takde) tau duduk hotel.. sudah baya latut
latut (ratus ratus), lu kasi ini bilik ka??!! kicik!! tatak
tibi, tatak lemari tatak apa pun??? katil mau titun (tidur)
pun tatak?haiyyaaa.. mau tipu olang ka??!!"
Lalu pelayan itu pun menjawab, "Sabar Nyonya, ini baru
lift,
maaa...."" |
Keretapi
Satu pagi di stesen keretapi, ada satu makcik tu dia tanya
petugas
kaunter... Makcik: "Anak, keretapi
sampai jam berapa??" Petugas kaunter:
"Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang, jam 7 Gemas.
Makcik nak pergi mana?.." Makcik:
"Makcik nak melintas aja." |
Panadol
Bidin melihat rakannya, Wafdi.. sedang membuat kopi...kemudian
memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan
Bidin
bertanya kepada Wafdi...
Bidin: "Kenapa kau masukkan panadol
dalam kopi tu?"
Wafdi: "Kopi ni panas.. bagi panadol..
kurang sikit panas dia.." |
Imam
Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak
dahulu.Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling
garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya,
jika ke kedai,kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling
padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu
ke tempatnya semula.
Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika
sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit
di celah punggungnya. Aku yang 'konon'nya ingin membantu,terus
menarik kain yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat
terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya
itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu
semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi, melatah
lah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka
kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi.
Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret
aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya. |
Pontianak
Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing
nak nunjuk siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan
sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power. Pontianak yang
paling muda diberi kesempatan
untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat
kilat, tak sampai 2 minit dah balik. Mukanya penuh dengan
lumuran darah, dan menyeramkan.
Terus dia berkata : "Nkorang nampak kampung kat seberang
bukit itu ?" Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya,
nampak. "Satu kampung tu itu...habiissss aku kerjakan!!!!"
Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak
muda. Kini giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia
pun pergi sekelebat jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya
juga penuh dengan cucuran darah. "Nkorang nampak
Bandar tu ?", katanya dengan muker yg kerek "Iya,
nampak", yang dua ngangguk juga. "Satu bandar itu
juga habiiissssss!!!", kata pontianak yg setengah abad
sambil ketawa seram," ha ha ha hah".
Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show
off jugak. Dia pun tunjukk skill terbang cam kilat. Amat lah
terperanjat nya dua sahabatnya, sebab tak sampai setengah
minit dia dah balik, dengan penuh cucuran darah di mukanya...
Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, "gilaa ahh dia ni
tak sempat aku nak duduk dia dah balik, memang dia paling
power". Sambil mengosok gosok hidong nya pontianak tu
pun berkata , "Nkorang nampak tembok batu tu ?"
"Nampak! Nampak!", kata yang 2 ekor tu...
"Err aku tadi tak nampak". |
Nangka
Seorang petani bengang dengan perangai budak-budak nakal yang
selalu mencuri nangka di kebunnya. Akhirnya ia mendapat idea...
Dia pun meletakkan di depan kebunnya papan tanda yang besar.
'AWAS.. SATU DARI NANGKA-NANGKA INI TELAH DISUNTIK DENGAN
RACUN'
Keesokan harinya.. petani itu tersenyum kerana mendapati nangka-nangkanya
itu tidak dicuri lagi..
Seminggu selepas itu.. Petani ini pergi kekebunnya untuk memetik
nangka-nangkanya untuk dijualkan.. Memang jelas kelihatan
tiada nangkanya yang hilang... tetapi dia sangat terkejut
kerana disebelah papan tandanya terdapat satu lagi papan tanda
yang baru bertulis..
'AWAS KEDUA-DUA NANGKA INI TELAH DISUNTIK RACUN' |
Side A Side B
Seorang doktor di sebuah Hospital Sakit Jiwa berjalan-jalan
di sekitar hospital untuk melawat para pesakit.
Tugas ini merupakan akitiviti hariannya sepanjang beliau bertugas.
Sepanjang beliau berjalan, beliau terdengar suara orang sedang
menyanyi kalau tidak silapnya. Beliau cuba mencari dari mana
datangnya arah suara itu
Setelah puas mencari....barulah beliau menyedari suara itu
datang dari sebuah bilik berhampiran dan ternyatalah yang
menyanyi itu adalah salah seorang pesakitnya yg menyanyi dengan
penuh
perasaan seolah-olah seorang penyanyi.
Tapi yang hairannya, beliau melihat pesakit itu menyanyi dalam
keadaan terlentang. Tiba-tiba tak lama kemudian dia meniarap
pula......sambil menyanyi doktor itu terus bertanya,
"Kenapa awak tadi terlentang....tapi sekarang meniarap
pula?!"
Lalu pesakit itu menjawab, "Ooooo tadi Side A..ini Side
B pulak." |
Tahan
Bau
Suatu hari di negara Eropah diadakan satu pertandingan iaitu
menahan bau di dalam sebuah bilik kecil yang didalamnya dimasukkan
10 ekor kambing.
Peserta pertama dari Amerika,
Baru 3 minit dia sudah keluar sambil muntah-muntah.
Peserta kedua dari Jepun,
Baru 10 minit dia sudah pengsan.
Peserta ketiga dari Afrika,
Baru 30 minit dia terus keluar dan muntah-muntah.
Terakhir peserta dari Bangladesh.....
Baru 1 minit... 10 kambing itu keluar dan muntah-muntah. |
Meniru
Semasa kelas biologi ,cikgu menyuruh pelajar²nya melukis
organ pembiakan lelaki.
Seorang pelajar lelaki senyap² melihat dalam seluarnya.
Seorang pelajar perempuan yang ternampak kejadian itu lalu
menjerit... Cikgu!!!! Ada orang meniru!!!! |
Tangkap
Gambar
Seorang anggota polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital
untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki. Selepas memeriksa
mayat-mayat, dia bertanya kepada penjaga bilik mayat berkenaan,
Polis: Mengapa ketiga-tiga mayat ini mati
tersenyum?
Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding,
tiba-tiba dia mati diserang angin ahmar, lelaki kedua pula
dikhabarkan menang dan tak sempat menjamah duit kemenangan
itu... dia diserang sakit jantung. Lelaki ketiga pula mati
disambar petir.
Polis: Haa mati disambar petir pun boleh
tersenyum lagi?
Penjaga: Masa tu, dia ingat orang sedang
tangkap gambarnya! |
Nak Kaya?
Pada suatu malam Taufik memandu sendirian dari Batu Pahat
untuk ke Melaka. Tiba di Semerah seorang lelaki tua menahan
keretanya. Simpati dengan nasib orang tua itu, Taufik memberhentikan
kereta dan mempelawanya naik. "Anak nak pergi
mana?" Tanya orang tua itu. "Melaka," Kata
Taufik "Turunkan pakcik di Muar sudahlah."
Taufik angguk dan terus memandu. "Anak nak kaya tak?"
Tiba-tiba lelaki tua itu bersuara lagi.
Taufik mula rasa tidak sedap hati. Dia mengesyaki orang tua
itu cuba memberi nombor untuk ditikam, sedangkan Taufik bukanlah
kaki ekor. "Tak apalah Pakcik. Hidup ni tak perlu
kaya sangat, apa yang ada cukuplah,"Kata Taufik "Betul
anak tak mau kaya?, Pakcik nak bagi ni!" "Tak
apa,pakcik. Terima kasih."
Akhirnya mereka sampai di Muar. Apabila kereta berhenti, orang
tua itu bersiap-siap untuk turun dan mengambil begnya.
"Pakcik ada tujuh tin Sri Kaya ni. Tapi kalau anak tak
nak juga, tak apalah," Katanya
Taufik hanya terkebil-kebil melihat orang tua itu turun dari
keretanya..... |
Jual
Telur
Sejak lebih sepuluh tahun berumah tangga, Ruby memang mengesyaki
suaminya ada menjalin hubungan dengan wanita lain, tetapi
dia tidak pernah ada bukti.
Suatu hari Ruby membersihkan bilik tidur mereka dan ternampak
satu kotak hitam yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini.
Dia membuka kotak itu, di dalamnya mengandungi dua biji
telur dan wang tunai berjumlah RM1500.00.
"Apa makna semua ini bang?" tanya Ruby kepada
suaminya.
Wajah sisuami pucat dan panik
"Biarlah abang berterus-terang, sebenarnya setiap kali
abang ada kekasih, abang letak sebiji telur dalam kotak
ini. Ia sebagai tanda penyesalan abang," katanya.
Ruby terdiam. Selepas lebih sepuluh tahun, suaminya hanya
menyimpan dua biji telur. Hati Ruby tidak begitu kecewa.
"Habis, RM1500.00 ni apa pulak?" Ruby masih belum
berpuas hati.
Suaminya sekali lagi panik.
"Sebenarnya, bila cukup satu dozen, abang jual telur
itu dan duitnya abang simpan dalam kotak ini," katanya |
Kejutkan Saya
Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tidak bertegur
sapa. Pada suatu malam si suami telah menulis satu nota..."KEJUTKAN
SAYA PUKUL 6.30 PAGI" dan meletakkan nota itu di sisi
isterinya yang sedang tidur.
Keesokan harinya sisuami terjaga dari tidur dan mendapati
jam di dinding telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Didapati
di sisinya terdapat satu nota bertulis...
"BANG, BANGUN BANG..... SUDAH PUKUL 6.30 PAGI" |
Raba
Dalam sebuah lif yang penuh sesak, Ica geram melihat suaminya
Amirudin yang nampak riang kerana dihimpit oleh seorang wanita
cantik dan seksi. Ketika lif sampai dibawah dan pintu terbuka,
wanita seksi itu tiba-tiba menampar Amirudin.
Sambil berjalan keluar dia berkata, "Jantan tak tahu
malu, berani kau raba punggung aku. Rasakan!" Amirudin
tercengang melihat keadaan itu segera berkata kepada isterinya.
Amirudin : Sumpah yang.... abang tak raba
pun punggung perempuan tu, percayalah...
Ica : Ya, saya percaya.
Amirudin : Terima kasih kerana percayakan
abang. Tak pasal-pasal abang dapat penampar free. Tapi macamana
awak percaya abang tak raba?
Ica: Sebab saya yang raba... |
Potong
Sebaik mengambil tempat duduk di ruang menunggu di sebuah
klinik, Nazri terpandang Sahrum sedang menangis teresak-esak.
Dia segera mendekati Sahrum.
Amirudin: "Kenapa menangis?"
Oyem : "Saya datang untuk ujian darah!"
Amirudin: "Awak takut ke?"
Oyem: "Bukan itu sebabnya, Ketika
ujian darah dijalankan mereka memotong jari saya!"
Mendengar penjelasan Oyem, Amirudin pula menangis.
Oyem: "Eh...kenapa pula awak menangis?"
Amirudin: "Saya datang ni untuk ujian
air kencing!" |
Kek
Hari Jadi
Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan
sebiji kek sempena hari jadi isterinya.
"Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini,
encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter
kepada lelaki itu.
"Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua"
di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma
bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki
itu.
Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya
itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan
kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu
yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan
tetamu undangan yang lain, lelaki itu terkejut ketika membaca
tulisan yang tertera di kek itu:
"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG
CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH." |
Otak
Dalam satu perbicaraan kes bunuh,seorang doktor mengesahkan
kematian mangsa dipanggil sebagai saksi.
Peguam: "Sebelum awak menandatangani
surat kematian, adakah awak memeriksa denyutan nadi mangsa?"
Saksi: "Tidak."
Peguam: "Denyutan jantungnya, awak
periksa?"
Saksi: "Tidak."
Peguam: "Pernafasannya?"
Saksi: "Tidak."
Peguam: "Jadi, ketika menandatangani
surat kematian itu, awak tidak pasti lagi lelaki berkenaan
masih bernafas atau tidak?"
Saksi: "Saya tandatangani surat itu
selepas melihat otak mangsa di atas meja lain di bilik saya,
adakah itu belum cukup untuk pastikan mangsa sudah mati?" |
Temuduga
Lanun
Seorang lelaki yang kudung kakinya,tangannya bercangkuk dan
bermata satu hadir dalam temuduga untuk menjadi lanun.
Penemuduga: "Bagaimana kaki kamu
boleh kudung?"
Lelaki: "Cedera ketika perang dunia
kedua."
Penemuduga: "Kenapa tangan kamu bercangkuk?"
Lelaki: "Terpotong dengan pisau besar!"
Penemuduga: "Mata kamu pula?"
Lelaki: "Suatu hari ketika hujan saya
mendongak kelangit, lalu ada seekor burung menjatuhkan tahinya
ke mata saya."
Penemuduga: "Adakah kerana itu mata
kamu rosak dan hanya tinggal sebelah?"
Lelaki: "Bukan itu sebabnya, mata
saya terkeluar selepas menggunakan cangkuk untuk menyapu
tahi itu." |
Telpon
Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Suami telah memanggil
semua ahli keluarga untuk berbincang
Suami : Ini dah melampau. Gunakan telefon
sesuka hati. Ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan
telefon tempat ayah bekerja.
Isteri : Saya pun sama juga, gunakan telefon
tempat saya bekerja.
Anak : Oh sori..saya gunakan SMS sahaja.
Untuk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja
juga.
Orang Gaji : Jadi apaan masalahnya sih?
Semua orang gunakan telpon tempat bekerja. Sama juga dengan
saya dong... |
Professor
Profesor Bakri adalah seorang profesor yang terkenal dengan
kepintarannya. .. Dia terlalu tekun dengan kajian yang dilakukannya
sehinggakan terlupa untuk makan minum malah sudah dua hari
tidak pulang ke rumah... lalu isterinya menelefon..
"abang.. ingat ya, malam ini abang mesti pulang ke
rumah untuk makan malam. Jaga kesihatan". pesan isterinya
"Ya, baik.. abang janji.. agaknya di mana kita hendak
makan malam nanti?" tanya professor itu.
"Di rumah saja lah bang..".
"Baiklah.. tapi dimana tu? Saya catat alamatnya dulu...
". |
Sekretari
Seorang boss sangat frust dan marah pada sekretari barunya.
Sekretarinya itu selalu mengabaikan bunyi telefon.
"Kamu harus menjawab telepon itu," kata si boss
dengan marahnya.
"Baiklah," jawab si sekretari, "tapi itu
pekerjaan yang sia-sia, 9 dari 10 telepon yang masuk bukan
untuk saya, tetapi untuk boss." |
Baki
Abu yang baru saja menjalani malam pertama bersama isterinya,
menceritakan tentang kemuskilannya kepada seorang kawan, Amir.
Kebiasaan yang sering kita lakukan ketika masih bujang,
boleh berulang pada malam pengantin."
"Sebenarnya apa yang berlaku semalam?" si Amir
ingin tahu.
"Begini. Kau kan tau kalau masa bujang dulu aku suka
melanggan perempuan."
"Hmmm"
"Malam pengantin semalam, lepas selesai melakukan hubungan,
tanpa sengaja aku bagi duit RM 100 pada isteri aku."
"Erkkkk!" Amir terperanjat. "Bistu! Isteri
kau kata apa?"
"Itulah masalahnya," Abu menjawab. "Dia
pulangkan RM 20 kat aku!" |
Seluar Lalam
Isteri Chua marah-marah dan menuduh pembantu rumahnya mengambil
seluar dalamnya. Keadaan kecoh membuatkan suasana yang bising
dan mengejutkan Chua dari tidur.
Chua : Apa yang bising ni?
Isteri: Seluar dalam saya hilang bang..
tentu Inul (pembantu rumah) yang ambil
Chua: Inul, betul kamu yang ambil?
Inul: Tidak Pak, saya ngak ambil
Isteri: Kalau seluar dalam biasa saya tak
kisah, ini seluar dalam berjenama. Masih tak pakai lagi.
Bukan satu tapi setengah dozen. Seluar dalam tu saya beli
masa kat Eropah dulu…
Chua: Tentu awak tak cari betul ni…
Isteri: Dah semua tempat saya cari. Dalam
rumah ni tak ada orang lain yang ada. Tak kan la abang pakai
seluar dalam saya…
Chua: Mana ada abang ambil…. Inul,
betul ka kamu tak ambil seluar dalam tu?
Inul: Betul Pak… sumpah. Pak pun
tahu saya tidak pernah pakai seluar dalam… masakan
saya teringin seluar dalam tu… |
Lukisan
Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya
yang paling malas.
Cikgu : “Lukisan apa yang kau buat
nie Abu, kosong je?”
Murid : “Kuda makan rumput, cikgu!”
Cikgu : “Rumputnya mana?”
Murid : “Sudah habis dimakan kuda,
cikgu,”
Cikgu : “Habis tu, kudanya mana?”
Murid : “Sudah pergi, cikgu! Kalau
rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?” |
Tidur Denganku
Seorang wanita cantik telah terjatuh dari tingkat 80 sebuah
gedung mewah. Nasib baik di tingkat 70, ada seorang Lelaki
Amerika menyambutnya.
Wanita: “Terima kasih, anda telah
menolong saya..”
Lelaki Amerika: “Sama-sama, tapi
anda harus membalas budi”
Wanita:”Bagaimana caranya?”
Lelaki Amerika:”Tidurlah denganku…”
Wanita: ”Kurang Hajar, TIDAK MAU!!!”
Lelaki Amerika:”Takpe kalau tak mau…”
Lelaki Amerika kemudiannya melepaskannya dan wanita itu
kembali terjatuh…
Di tingkat 50, seorang Lelaki Bangladesh berhasil menyambutnya.
Wanita:”Terima kasih anda telah menolong
saya…”
Lelaki Bangladesh:”Sama-sama, tapi
anda harus membalas budi”
Wanita:”Bagaimana caranya?”
Lelaki Bangladesh:”Tidurlah denganku…”
Wanita:”Kambing kamu, TIDAK MAU!!!”
Lelaki Bangladesh: “Ya sudah kalau
tidak mau…”
Lelaki Bangladesh kemudian melepaskannya dan wanita itu
kembali terjatuh…
Lepas tingkat 45, tingkat 40,tingkat 35 tidak ada lagi
yang menyambutnya. Si wanita mulai menyesal. Akhirnya dia
memutuskan kalau ada lagi lelaki yang menangkapnya, dia
mau diajak tidur. Daripada mati pikirnya.
Akhirnya di tingkat 20, seorang Pak Arab menyambutnya.
Dengan segera wanita itu berkata...
Wanita:“Terima kasih anda telah menolong
saya. Sebagai balas jasa, anda boleh tidur dengan saya…”
Pak Arab: “Astaghfirullah!!!”
Lalu Pak Arab itu melepaskannya kembali… |
Saudagar
Keldai
Seorang saudagar keldai dari tanah Arab yg ingin menjual keldainya
di pasar. Dalam perjalanan menuju ke destinasinya utk menjual
keldai²nya dia mengira keldai. Sambil menunggang salah
seekor keldai dia mengira,1,2, 3… 9
‘Huh, ini macam tak boleh jadi ni, kurang satu ekor!,’
dia berkata.
Lalu dia turun dari keldai yg ditunggangya utk mengira
semula bilangan keldai²nya
‘1,2,3,4,5,6, 7,8,9,10. .ahah! cukup pun,’katanya.
Dia kembali menunggang keldainya utk meneruskan perjalanan
ke pasar.Semasa meneruskan perjalanan itu dia mengira kembali.
Dia berasa hairan kerana keldainya kurang seekor. Dia pun
turun, dan mengira kembali keldai²nya. Dia berasa lebih
hairan kerana keldainya cukup.
Lalu dia mengambil keputusan, “Lebih baik aku berjalan
kaki, kalau aku x menunggang keldai nescaya aku untung seekor”.
Begitulah kisah saudagar yang keldai itu... |
Miss Universe
It is the final round of the Miss Universe Pageant and the
3 finalists,Miss USA, Miss Malaysia and Miss Singapore are
being asked 3 simple questions:
MC: The first question is name me an electrical
appliance starting with "L"
Miss USA : Lamp
Miss Malaysia : Light bulb
Miss Singapore : LADIO
Judge : No, no, Radio does not start with
the letter "L"
MC: I am going to give you 3 more chances;
Now, name me an animal starting with the letter "L"
Miss USA : Lion
Miss Malaysia : Leopard
Miss Singapore : LABBIT
Judge : No, no, no!
MC: Your next chance. The name of a famous
car that starts with "L"
Miss USA : Lexus
Miss Malaysia : Lamborghini
Miss Singapore : Lolls-Loyce
Judge : Oh my God!
MC: I am going to give you one last chance!
Name me a fruit starting with the letter "L"
Miss USA : Lemon
Miss Malaysia : Lychee
Miss Singapore, with full of confidence, smiles and says:
LIEWLIAN!!(durian)
This is not the end of the story, the Judge consulted the
board of judges to determine if Miss Singapore should really
disqualified; and they decided that since Miss Singapore
was having as many problems with the letter "L",they
decided to give her another chance.
Judge: OK, the final question is name
me a human anatomy starting with the letter "L"
Miss USA : Lung (applause)
Miss Malaysia : Liver (even more applause)
Miss Singapore : LAN CIAU
Judge: T_T |
|