|
ACAR BUAH-BUAHAN
Sumbangan : noraini noraini@antara1.po.my
Bahan-bahannya
- 4 biji limau nipis/kasturi jeruk
- 10 biji belimbing buluh jeruk
- 20 biji cermai jeruk
- 5 biji mangga muda jeruk
- 1 cawan kismis
- 5 biji buah pala jeruk
- 1 mangkuk kecil halia jeruk
- 10 biji prune
- 250gm buah asam boi - warna merah
- 5 biji buah bidara jeruk
- 20 biji bawang merah, biar sebiji-sebiji
- 5 biji bawang putih, biar sebiji-sebiji
- sedikit bijan goreng
- 1/2 botol kecil cuka putih
- 2 1/2 cawan gula
- 1 1/2 cawan cili kering yang telah
siap dikisar
- 2 sudu serbuk ketumbar
- 1 sudu serbuk jintan manis
- 1 sudu serbuk jintan putih
- sedikit bijan goreng
- 5 biji bawang merah dihiris
- 3 biji bawang putih, dihiris
- 1 cawan minyak untuk menumis
Cara Menyediakannya
:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang hiris hingga wangi.
kemudian masukkan cili kisar. Bila cili garing, masukkan
serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih.
2. Bila telah wangi, masukkan gula dan cuka. bila gula telah
larut dan pekat, masukkan buah-buahan serta bawang. Masaklah
hingga pekat dan agak kering.
3. Akhir sekali, masukkan bijan goreng. Bolehlah diangkat
dan dihidangkan.
ps : Acar tahan disimpan selama dua
minggu. |
ACAR
IKAN TONGKOL Sumbangan
: "noor" noor@csam.com.my Bahan-bahannya
:
Ikan tongkol-basuh dan kemudian di goreng macam biasa
1 biji Timun-di kerat-kerat anggaran 3 atau 4 ketul. Kemudian
belah dua, buangkan isi nye belah kecik kecik (ikut panjang
timun tuh) dalam 1 jari. Kemudian di basuh dan di gaul dengan
sedikit kunyit buat seketika.
Bahan A
1 atau 2 inci Halia - dimayang
3 atau 4 biji Bawang kecil - juga di mayang
3 biji Bawang putih - di mayang
10 - 15 biji Cili Api (boleh
tambah kan kalau suka pedas)
2 atau 3 biji Bawang besar (belah empat)
2 sm Cili kering + bawang besar yang diblendkan
Cuka dan Sedikit air / garam
Cara Menyediakannya
:
1. Tumis kan bahan yang telah dimayang. Bila agak kekuningan
masukkan pula kisaran bawang dan cili kering.
2. Tumiskan lagi sampai pecah minyak, masukkan pula cuka,
air dan garam mengikut rasa dan sedikit air.
3. Lepas tu masukkan ikan tongkol dan kacau lagi. Di sini
rasalah masam/masin nye kuah kite tuh.
4. Bila dah memuaskan, akhir sekali masuk kan timun sekali
dengan cili api and bawang besar yang telah dibelah 4 tadi.
5. Jangan masak terlalu lama kerana nanti timun dan bawang
tadi akan lembik. Cukup sekadar seketika saje. Dan boleh
di hidang kan .
Makan dengan nasi panas dan telur
asin.
|
LAKSA
ASAM PULAU PINANG From: noraini noraini@antara1.po.my
1 bungkus laksa - direbus hingga lembut, kemudian
dibasuh dengan air sejuk dan toskan
Hiasannya
Timun, salad, bawang besar, daun ceylom dan pucuk gajus
dihiris halus
Cili padi atau cili merah, dihiris halus
Sedikit daun pudina, petik daunnya sehelai-sehelai
Limau nipis, telur rebus dan sedikit petis yang dicampur
sedikit air panas
Kuahnya:-
1 kg ikan kembung atau tamban- lebih sedap jika guna ikan
parang, direbus dengan 1liter air bersama dengan 5 keping
asam keping dan garam, asingkan tulang dan isinya kemudian
dikisar. Air tulangnya hendaklah ditapiskan.
1 ikat daun kesum, ambil daunnya sahaja
1 kuntum bunga kantan, belah dua
Sedikit air asam jawa
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Bahan-bahan perencah (dikisar lumat)
10 biji bawang merah
5 biji bawang putih
10 - 15 biji cili kering
1 batang serai
sedikit kunyit dan halia
1 keping belacan - dibakar
Cara Memasak
1. Didihkan air rebusan dan air tulang ikan tadi bersama
bahan perencah, air asam jawa/asam keping, bunga kantan,
daun kesum, garam dan serbuk perasa.
2. Bila rempahannya telah masak, masukkan isi ikan dan renehkan
atas api kecil selama 1 jam.
3. Kemudian bolehlah dihidangkan bersama-sama laksa dan
ulamannya. |
LAKSA
PENANG From: "Ismariza" ismariza@sanma.po.my
1 bungkus laksa (basah/kering) - dicelur dahulu
1 kati ikan curut/sardin (ikan temenung pun boleh tapi tak
berapa sedap)
15-20 biji cabai kering - dikisar
2 biji bawang besar- dikisar
1 batang serai - dikisar
Sedikit belacan - dikisar
Sedilit asam keping/asam jawa
1 biji timun
1 pokok daun salad
Sedikit daun pudina & daun cenohong
1 biji bunga kantan
1 biji cili hijau & cili merah
1 biji bawang besar
Garam
Cara-caranya :-
1. Ikan dibersihkan terlebih dahulu dan direbus.
2. Keluarkan ikan dan asingkan isi ikan dengan tulang.
3. Air rebusan ikan tadi ditapis ke dalam periuk yang lain
dan bolehlah nyalakan api.
4. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi.
5. Masukkan pula sedikit bunga kantan (dengan batangnya
sekali) serta daun cenohong. Perah air asam atau masukkan
asam keping.
6. Tulang ikan dikisar halus dan ditapis ke dalam periuk
tadi.
7. Akhir sekali masukkan isi ikan ( boleh juga dikisar )
serta garam.
8. Laksa yang telah siap dicelur bolehlah dimasukkan timun,
daun salad, bawang besar, cili, daun pudina serta bunga
kantan yang telah dihiris halus.
OPTION
From: Noor Hayati Abdul Manaf NOORHAYATI@uhkl.edu.my
Nak tambah sikit, masukkan lengkuas dan kisar besama-sama
dengan bahan lain. Bukan apa untuk wangikan. Tapi kalau
kami kat kedah, kuah laksa tak masuk serai. Tapi kalau masuk
pun tak der masalah.
Mengenai asam, gunakan dua-dua jenis asam .Ni petua yang
saya dapat dari penjual laksa sendiri . Asam keping ialah
untuk memasamkan dan asam jawa untuk menambahkan masam dan
juga ada juga rasa manis . So kuah laksa tu taklah masam
sangat |