| Tahukah
Anda? - Lawak |
Tahukah
anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam
pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat,
seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan
keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin
helikopter tersebut tidak dapat disiapkan. |
Tahukah anda
bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya
sendiri menggunakan siku. |
Tahukah
anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang
ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang
Utan. |
Tahukah anda
ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan
sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas
yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan
sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam
yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita. |
Sebuah
kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong
kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta
tersebut dipandu dari arah yang bertentangan |
Tahukah anda
dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai
paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo
dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico
Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah
kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali
dengan nama papa Razzi. |
Tahukah
anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani.
Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik
butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang
diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet. |
Tahukah anda
cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak
menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan
ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan
tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi. |
Tahukah
anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar
kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa
sesat atau silap walaupun tanpa bantuan GPS . Ini kerana
setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri
sebenarnya. |
Tahukah anda
bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama
walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walau
bagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan
lempeng apabila dia berasa lapar. |
Tahukah
anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan
masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung,
api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar
bilnya selama tiga bulan. |